DuniaPalestin

Rintihan Palestin di tembok diskriminasi!

Papar kesengsaraan tindakan Zionis

Gaza adalah satu wilayah seluas  365 km persegi.  Jika disamakan di Malaysia, Gaza berukuran kurang separuh dibandingkan keluasan Negeri Perlis,  (819 km persegi).  Satu jajahan yang dahulunya merdeka namun terkepung dengan nafsu Zionis yang bercita-cita membina Kuil Solomon. Dendam kesumat Zionis terus berleluasa sebelum berakhirnya dunia, dengan membina tembok konkrit bermula tahun 2006 memisahkan Israel dan Tebing Barat serta Gaza.

Tembok apartheid setinggi lebih lapan meter dengan kelebaran konkrit 3 meter satu persatu adalah penjara buat rakyat Palestin.  Dinding-dinding tembok sepanjang  650 kilometer itu menjadi medium mereka melepaskan apa yang dirasa.

Pelukis Palestin, Taqi Spateen menterjemah keganasan tentera Israel, terutama ke atas kanak-kanak – di tembok penghalang  di Baitulmaqdis, Tebing Barat.

Bersempadan dengan Mesir, Gaza tidak bernasib baik kerana Mesir dilihat menyebelahi Israel.  Namun dengan segala kesempitan hidup Gaza tidak pernah mengaku kalah.

*********Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.  MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button