Covid19DuniaKesihatan

Imam Masjidil Haram selamat terima suntikan vaksin Covid-19!

Imam Mekah bersedia menempuhi bulan Dzulhijjah

MEKAH 22 Mac : Syeikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais, Imam Masjid al-Haram di Mekah, Arab Saudi yang juga merupakan Yang Dipertua Presiden Umum Hal Ehwal Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi telah selamat menerima suntikan vaksin Pfizer di King Abdullah Medical City pada Ahad lalu.

Majlis penerimaan suntikan vaksin tersebut, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kluster Kesihatan Mekah iaitu Dr. Dilshad Ali Abbas.

Syeikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais memuji usaha kerajaan dalam menyediakan servis dan keselamatan penduduk negara tersebut serta tanggungjawab mereka dalam menyediakan keperluan masyarakat.

Jemaah haji mengekalkan penjarakan sosial di samping melaksanakan ibadah haji.

Pada awal Mac lalu, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan jemaah yang bakal melaksanakan ibadah haji pada musim 2021 untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pada masa yang sama, Menteri Kesihatan Saudi, Dr. Tawfiq al-Rabiah juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua kakitangan kesihatan yang bertugas semasa musim haji tahun ini wajib menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sumber: Haramain Sharifain, Arab News

Oleh : Aqilah Othman – Pelatih Fakulti Komputer Sains UiTM

 

Related Articles

Back to top button