Domestik

Erti Total Lockdown untuk MAPIM Malaysia, 200 kotak bantuan makanan untuk frontliner APM

Berkorban apa sahaja

Bangi : Total lockdown adalah kata yang mendatangkan keresahan kepada ramai rakyat Malaysia. Ini bererti ramai yang terpaksa menghentikan kegiatan ekonomi, dan malah ada yang dipotong gaji dan diberi cuti tanpa upah. Yang lebih malang, ada yang terpaksa dibuang kerja. Namun, tidak ada pilihan kerana covid-19 perlu dilawan.

Untuk bahagian frontliner pula terutamanya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mereka semakin sibuk dalam memastikan total lockdown mencapai objektifnya. Mereka terpaksa berkorban meninggalkan keluarga di rumah.

Menyedari hakikat itu, dalam mengharungi total lockdown, MAPIM Malaysia komited membantu bukan sahaja rakyat biasa yang memerlukan, tetapi juga membantu anggota frontliner APM yang terkesan  dengan memberikan kotak bantuan makanan.

Atas komitmen itu, MAPIM Malaysia semakin ‘sibuk’ semasa total lockdown ini. Untuk hari kedua total lockdown sahaja, MAPIM Malaysia menyiapkan 200 kotak bantuan makanan susulan untuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Aktiviti penyediaan bantuan dilakukan di Ummah Central Warehouse Mapim Malaysia di Bandar Serenia. Ia mendapat kebenaran MITI dan sentiasa memenuhi SOP ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kerja-kerja ini dipantau ketat oleh Setiausaha Agung MAPIM Malaysia Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol. Beliau juga bertanggungjawab menguruskan serahan bantuan kotak makanan ini kepada APM agar mengikut SOP.

Menurut Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, “Sumbangan MAPIM ini demi menghargai jasa dan pengorbanan warga APM yang menabur bakti kepada masyarat, dan bukti bahawa usaha kerja baik MAPIM menyantuni semua lapisan dalam dan luar negara.”

Kesibukan frontliner MAPIM Malaysia akan berterusan kerana MAPIM dalam proses menghulurkan bantuan kecemasan ke Gaza Palestin yang diselia secara terus oleh CEO MAPIM Malaysia, (Dr.) Ahmad Sani Dato Alim Araby.

Dalam masa yang sama MAPIM Malaysia akan menggerakkan jelajah peduli Ummah siri 5.0 ke 9 buah negeri bersama APM bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat total lockdown dan PKP 3.0.


MASA UNTUK BERTINDAK! #MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button