DomestikSemasa

Dua anggota TLDM maut selepas rempuh treler

KOTA KINABALU : Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila motosikal ditunggang mereka dipercayai terlibat dalam kemalangan di Jalan Sabah Port, Sepanggar, Sabah malam tadi.

Kedua-dua mangsa berpangkat Bintara Kanan bahagian kejuruteraan. Ahmad Faiz bertugas di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, manakala Norasnizam bertugas di kapal KD Selangor. Hasil siasatan awal, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas merempuh belakang lori trelar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 9:14 malam. Treler yang dipandu itu membuat pusingan U tetapi terpaksa memperlahankan kenderaan ekoran ada sebuah kenderaan di hadapannya.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua mangsa dipercayai gagal melihat treler dan terus merempuh belakang lori berkenaan, katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Akibat kejadian itu dua penunggang motosikal parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi dalam kenyataanya.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sejurus selepas pemeriksaan di sekitar lokasi dilakukan bagi memastikan tiada sebarang bendasing di atas jalan sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.33 malam.

Related Articles

Back to top button