Covid19KesihatanSemasa

55,000 polis dan 800 sekatan jalan raya sepanjang total lockdown

Semakin ketat

Kuala Lumpur : Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengerahkan 55,000 anggota polis sepanjang tempoh Total Lockdown dari 1 Jun hingga 14 Jun. Sebelum ini seramai 37,000 anggota polis bertugas sepanjang PKP di seluruh negara.

Sekatan Jalan raya (SJR) juga ditambah daripada 600 SJR kepada 800 SJR. Ini bagi memastikan pelaksanaan total lockdown berjaya mencapai objektifnya.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, “Walau bagaimanapun, KDN bersedia untuk menambah anggota jika diperlukan melalui PDRM, imigresen, Maritim Malaysia (APMM), RELA, ESCOMM dan lain-lain penugasan.”

Penambahan itu boleh mencapai sehingga 15,000 orang anggota dan menjadikan jumlah keseluruhannya 70,000 orang anggota yang bertugas.

Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP juga akan ditingkatkan daripada 13,795 menjadi 20,000 orang anggota.

“Pemeriksaan akan melibatkan kawasan luar bandar dan lokasi-lokasi tumpuan ramai.”

Related Articles

Back to top button