Covid19Semasa

Tak pakai pelitup muka, polis siasat Tajuddin

Wajib pakai pelitup muka mahupun memakai perisai muka atau niqab

KUALA LUMPUR: Polis sahkan Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disiasat kerana didapati tidak mengenakan pelitup muka semasa mengadakan satu sidang media pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, sisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah berkata, siasatan berhubung dengan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas selesai meninjau lokasi insiden kemalangan membabitkan tren di Stesen LRT Kuala Lumpur.

Ujarnya, siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan Tajuddin sudah dimulakan pada hari sama.

katanya lagi, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Semua pihak yang terbabit dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

justeru itu, pihak PDRM menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang masih berkuatkuasa,” katanya.

Gambar hiasan
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu menegaskan semua individu perlu memakai pelitup muka walaupun memakai perisai muka atau niqab. – BH 
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button