JAKARTA : Perkembangan teknologi di negara Indonesia semakin pesat. Kerajaan Indonesia telah membangunkan sebuah sistem pengangkutan yang canggih. Projek yang dibangunkan oleh syarikat PT Kereta cepat Indonesia China (KCIC) beroperasi pembinaannya pada tahun 2019 itu melibatkan kos sebanyak USD 6.071 bilion (RM 2.51 bilion) dan bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara.
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata kereta api laju di Pulau Jawa yang menghubungkan Jakarta-Bandung dalam tempoh 46 minit itu dijangka mula beroperasi tahun depan.
Difahamkan, projek kereta cepat Indonesia (KCID) memiliki landasan sepanjang 142.3 kilometer yang membolehkan kelajuan perjalanan sehingga 350km/j. Indonesia menggunakan model kereta api CR400F yang diperoleh daripada CRRC di mana ia mampu bergerak dalam kelajuan maksimum 400 km/j.
Beliau yang dipetik media tempatan berkata – “projek kereta api laju fasa kedua yang menghubungkan Jakarta ke Surabaya sejauh 700km dijangka siap pada tahun 2025 ”- Presiden Jokowi Widodo
Kereta api CR400F ini terdiri daripada lapan gerabak sepanjang 209 meter dan berupaya untuk mebawa sehingga 556 orang penumpang pada satu masa ke satu masa. Selain kemudahan seperti tempat duduk VIP dan kelas pertama, ruang makan, tandas dan paling penting ia mesra OKU.
Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan