NILAI: Di sebalik runtuhan bangunan di Gaza, dan dalam jeritan mangsa yang kesakitan, terselit kisah kedermawanan rakyat Malaysia.
Ambulans putih ini nampak seperti ambulans biasa yang menyelusuri bumi Gaza dalam membantu mangsa perang, tetapi sekiranya diperhatikan dengan teliti akan terlihat bendera Malaysia dan juga logo MAPIM Malaysia. Ada juga bendera Indonesia dan logo Dewan Da’wah Indonesia.
Semuanya bermula pada Oktober 2016. Ketika itu israel menyerang Gaza dengan sangat hebat. Keadaan meruncing. Pimpinan kedua-dua NGO segera memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu dihadiri oleh pimpinan tertinggi MAPIM Malaysia dan Dewan Da’wah Indonesia. Dalam mesyuarat itu mereka bersetuju dengan beberapa perkara, antaranya adalah bekerjasama menyediakan ambulans-ambulans untuk kegunaan penduduk Gaza.
Kini ambulans-ambulans yang dirancang pada tahun 2016 itu masih terus berkhidmat ketika musim Covid dan ketika perang di Gaza. Walaupun warna putihnya sudah tidak secemerlang dahulu, ia masih gagah menelusuri dan membantu penduduk di sekitar bandar Gaza yang dibom teruk tentera israel.
MAPIM Malaysia pula tidak sekadar berhenti di situ. Pada April 2020, MAPIM Malaysia dengan kerjasama Miles of Smiles, sebuah pertubuhan kebajikan yang berpangkalan di United Kingdom menyerahkan 10 buah lagi ambulans untuk kegunaan penduduk Gaza, yang ketika itu bergelut dengan pandemik Covid-19.
Kesemua ambulans itu adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang dermawan. Tanpa sumbangan rakyat Malaysia, tidak akan ada ‘wakil’ Malaysia di Gaza.
Walaupun kita sendiri tidak mampu ke sana, namun setidak-tidaknya ada ‘wakil’ kita yang berjuang bersama rakyat Palestin. Semoga akan banyak lagi ‘wakil’ rakyat Malaysia di Gaza.
————————
MASA UNTUK BERTINDAK
MAPIM Malaysia merayu infaq
rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
562834636620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia