Sokong Israel? padahnya bakal dipenjara 10 tahun, denda RM7,000
Penasihat Kewangan paparkan di Twitter
“Kuwait mengumumkan undang-undang di mana sesiapa yang menyokong Israel secara nyata atau di media sosial dari Kuwait akan dipenjara selama 10 tahun dan denda sebanyak 5,000 dinar. Amaran itu mungkin kedengaran keras tetapi Tuan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan (Pakistan), saya berpendapat anda juga perlu melakukan ini,” – Penasihat Bank Pelaburan, Usahawan dan Pasaran Modal Mir Mohammad Alikhan
Terdahulu, Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid telah menegaskan prinsip dan keteguhan negaranya dalam mendukung pilihan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang sah.
“Perjuangan Palestin masih mempunyai kedudukan penting dalam sejarah dan dunia Arab serta Islam,” kata Sabah pada sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui pautan video.
Al-Sabah menekankan pentingnya usaha berterusan untuk melancarkan semula rundingan untuk mencapai perdamaian yang adil dan menyeluruh sesuai dengan Inisiatif Damai Arab.
Beliau menyeru Israel menamatkan pendudukannya di Genting Gaza dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. – mmnews.tv