TEL AVIV : Memasuki hari ke-6, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar perang Israel ke atas Gaza akan `mengambil masa’ dan akan berterusan `sehinggalah mengikut kesesuaiannya’.
Netanyahu berkata demikian dalam satu sidang media yang memberi penjelasan mengapa tentera rejim bertindak terhadap kawasan kediaman awam dan infrastruktur di Gaza.
Netanyahu dengan angkuh juga memberi alasan terhadap pengeboman bangunan media yang menempatkan Middle East Eye, Al Jazeeera dan Associated Press, AP.
Penghuni banguan mendakwa hanya diberi sejam untuk mengosongkan bangunan ketika serangan udara disasarkan kepada mereka.
Netnyahu sekali lagi tetap menyalahkan Hamas yang menggunakan orang awal sebagi kubu dan mendakwa pertubuhan itu sebagai satu entiti keganasan.
Katanya amaran telah diberikan kepada penduduk untuk mengosongkan rumah mereka yang digunakan oleh perisik Hamas.”
Middle East Eye dipetik sebagai berkata malah dengan bangganya beliau berkata pengeboman terhadap bangunan menempatkan agensi media adalah satu kejayaan serangan udara.
Si bongkak Netanyahu turut menampilkan kata-kata ini di dalam ciapan di twitternya:
“Saya bercakap pada pemimpin (Hamas) : kamu tidak boleh bersembunyi. Tidak di atas tanah dan tidak di bawah tanah. Tiada sesiapa pun kebal. Kami runtuhkan bangunan kamu. Semua bangunan itu adalah ibu pejabat dan pejabat para pertubuhan pengganas.”- Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
This past week, millions of Israelis were forced into bomb shelters as missiles rained down on our cities.
Several Israelis have been killed. Many more have been wounded. You know and I know, no country would tolerate this. Israel will not tolerate this. pic.twitter.com/INgjR91BS4
— Benjamin Netanyahu (@netanyahu) May 15, 2021
“Operasi ini akan berterusan sehingga matlamat kami tercapai dan membawa keamanan dan keselamatan kepada semua rakyat Israel. ”- Benjamin Netanyahu
- MEE
- ****
-
***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda. MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia