PalestinSemasa

Masjid Al-Aqsa ‘bertukar’ jadi medan pertempuran

Warga Palestin diusir keluar dari Masjidil Aqsa

BAITULMAQDIS: Pertempuran besar antara jemaah Palestin dan pengganas Israel berlaku berhampiran pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pagi tadi.

Zionis Israel bertindak kejam mengusir umat Islam yang berada di Masjid Al-Aqsa dengan melemparkan bom tangan dan melepaskan peluru getah ke arah mereka.

Keganasan tercetus menjelang perarakan bagi memperingati pengambilalihan Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari 1967, ataupun dikenali sebagai Hari Baitulmaqdis dalam kalangan Yahudi.

Bulan Sabit Merah Palestin telah dibenarkan masuk untuk memberi rawatan kecemasan kepada rakyat Palestin yang cedera.  Mereka melaporkan sekurang-kurangnya 278 orang rakyat Palestin mengalami kecederaan parah di mata selepas ditembak dengan peluru getah.

Tindakan ganas Israel di Timur Baitulmuqaddis amat “kejam” dan tidak berperikemanusiaan kerana menyerang jemaah yang tidak bersenjata.

Krisis bermula apabila Mahkamah Pusat Israel di Timur Baitulmaqdis meluluskan keputusan untuk mengusir tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Pada Jumaat rejim Israel bertindak ganas mengusir jemaah yang berada di perkarangan Masjid Al-Aqsa menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata. Ratusan rakyat Palestin cedera dalam serangan itu.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button