MESIR : Apa signifikannya meng`hidup’ kan kembali legasi Firaun dalam majlis yang gilang gemilang? itu persoalan yang ditimbulkan apabila upacara pemindahan 22 mumia kerajaan purba Mesir ke muzium baharu pada Sabtu lalu.
Pemindahan yang diadakan secara perarakan besar-besaran bagi memberi penghormatan kepada mereka. Perarakan konvoi itu memindahkan 18 raja dan empat permaisuri dari Muzium Mesir di Dataran Tahrir Kaherah ke muzium baharu Muzium Nasional Tamadun Mesir yang terletak kira-kira 5km (3 batu) yang baru dibuka di kawasan Fustat, iaitu lokasi ibu kota Islam pertama Mesir.
Menurut seorang ahli arkeologi, Zahi Hawass, setiap mumia akan dimasukkan ke dalam kapsul khas yang diisi dengan nitrogen untuk memastikan ia selamat, dan kapsul itu akan dibawa untuk memastikan ia dalam keadaan stabil.
“Kami memilih Muzium Nasional Tamadun kerana kami ingin, untuk pertama kalinya, memperlihatkan mumia dengan cara yang beradab, berpendidikan, dan bukan untuk hiburan seperti yang ada di Muzium Mesir,” – Ahli Arkeologi Mesir – Zahi Hawass
Pada dasarnya Kerajaan Mesir berkata pembaharuan itu bagi mendapatkan pulangan dari sektor pelancongan. Pihak berkuasa menutup jalan di sepanjang Sungai Nil untuk menarik minat terhadap koleksi barang antik di Mesir susulan aktiviti pelancongan hampir sepenuhnya terhenti akibat sekatan berkaitan COVID-19.
Dengan kawalan keselamatan yang ketat, mayat firaun dan raja-raja lain dimuatkan ke dalam trak yang dihiasi dengan sayap dan reka bentuk pharaonic untuk perjalanan selama satu jam dari muzium mereka sebelumnya di Muzium Mesir yang lebih tua.
Kerajaan pimpinan Al-Sisi yang menjatuhkan kerajaan Islam Morsi seolah tanpa segan silu, membuka kembali lembaran munafik yang sekian lama dilenyapkan.
Benar ia sebagai nilai sejarah tetapi bagi orang Islam ia sebagai nilai sejarah yang harus menjadi panduan dan pengajaran bagaimana Allah menenggelamkan seorang manusia yang sombong dan ingkar kepadaNya. Sebagai orang yang beriman kita tidak akan redha dengan legasi Firuan yang jelas sekali dilaknat oleh Allah SWT. Justeru mengusung dan mengarak bak seorang yang perlu disanjung dan bukan satu keperluan.
Termaktub di dalam Al Quran, Firaun terkenal sebagai raja pemerintah dengan sikapnya yang zalim dan kejam. Ia juga merupakan manusia yang pernah menggelarkan dirinya sebagai tuhan semesta alam serta mencabar ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Musa AS.
Selain itu, Firaun dengan sifat sombongnya memperolok ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa AS supaya menyembah Allah SWT. Oleh sebab itu, Firaun memerintahkah Haman untuk membina bangunan yang tinggi supaya dapat melihat Tuhan yang diceritakan oleh Nabi Musa AS iaitu Allah SWT.
Ini seperti yang diceritakan di dalam al-Quran:
قَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَـٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِّي صَرْحًا لَّعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَـٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya: Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”
(Surah al-Qasas, 38)
Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanana – Hafeez Anuar