Hassan, hilang dalam telaga sedalam 60 kaki
Masih dicari pasukan mencari dan menyelamat sejak 20 jam lalu
IDLIB 17 Mac : [VIDEO] Di sebalik ancaman bom dan kedaifan tempat tinggal, kanak-kanak Syria terus menjadi subjek perjuangan hidup seorang mangsa peperangan.
Selain itu keperluan mendesak bagi mereka ialah makanan dan bekalan air bersih.
Kekurangan bekalan air bersih memaksa beberapa kawasan dikenal pasti digali bagi pembinaan telaga untuk mendapatkan akses air bersih dari bawah tanah.
Pun begitu, sistem keselamatan yang kurang berkesan, berpotensi menyebabkan kanak-kanak terjatuh ke dalamnya dan merbahaya juga kepada orang awam yang lain.
Di Kafar Ruhin di utara Idlib, Syria, seorang kanak-kanak, dipercayai terjatuh di dalam telaga yang baru digali sedalam 21 meter.
Hassan Khader Al Zaalan, 10 tahun masih dicari oleh pasukan mencari dan menyelamat The White Helmet sejak 20 jam yang lalu.
Operasi mencari dan menyelamat Hassan diteruskan 24 jam sejak semalam.
Ketika berita ini ditulis para sukarelawan dan orang ramai serta pasukan S & R telah menggali telaga ini sedalam 18 meter atau bersamaan lebih kurang 60 kaki dalam.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera berat untuk mengorek dan menggali lokasi kejadian.
Oleh sebab keadaan lubang telaga yang sempit dan dalam alat pengimbas berkamera digunakan dan berjaya merakam kaki mangsa yang terlihat pada skrin monitor.
Pentadbiran pelarian UNHCR berkata bekalan air bersih penting kepada pelarian dan ramai lagi pihak disaran untuk membantu mereka mengakses air bersih dalam kehidupan seharian.
“Mereka (pelarian Syria) memerlukan air sebelum bersolat, kerana ini sebahagian tuntutan mereka. Mereka telah pun hilang banyak perkara, rumah, kehidupan dan juga anggota keluarga, jadi adalah penting untuk mereka mendapatkan air supaya sekurang-kurangnya mereka menikmati hidup seperti orang lain.” – Amin Bhai Pegawai UNHCR WASH Za’atari
*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987