Semasa

Restoran Al-Araby Matha’am sebuah kisah perjuangan ummah

(Dr.) Sani Araby Al Kahery memperjuangkannya sejak 10 tahun lepas

Bangi : Restoran Al-Araby Matha’am bermula pada tahun 2010. Ketika itu pihak pengurusan Tesco Extra Seberang Perai, Pulau Pinang menjemput Araby Group yang diterajui oleh (Dr.) Sani Araby Al Kahery untuk membuka perniagaan di sana. Pihak pengurusan Araby Group mengambil jemputan itu sebagai satu cabaran.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Pengerusi Kumpulan Syarikat Al-Araby
Dato Hj Alim Al-Kahery, Pengarah Kumpulan Syarikat Al-Araby

Pada kali pertama ke Tesco, segala-galanya adalah baru untuk pihak Araby. Dapur sahaja pun sudah ada penghawa dingin. Standard operating procedure (SOP) adalah lebih tinggi daripada kedai biasa di luar sana. Bersebelahan pula dengan KFC dan Old Town Cafe yang sudah terkenal. Belum lagi sewanya yang mencapai lima angka sebulan. Ini semua adalah cabaran yang sangat berat dan besar. Tetapi memikirkan bahawa ini adalah peluang untuk memajukan ummah, tanpa berpaling lagi terus cabaran ini diambil.

Hajah Datin Gayah mempunyai sentuhan resepi yang istimewa

Restoran Al-Araby Matha’am menggunakan resepi warisan Al-Araby yang diperhalusi lagi oleh bonda (Dr.) Sani Araby Al Kahery sendiri, Hajah Datin Gayah. Ketika pembukaannya, sasarannya hanya 50 orang sehari, tetapi tanpa dijangka hampir 500 pelanggan yang menyerbu.

Permulaan yang baik, tetapi ia tetap menghadapi banyak cabaran. Cabaran pertamanya adalah bagaimana untuk memastikan pelanggan sentiasa datang kembali ke restoran Al-Araby Matha’am. Ia bukan cabaran yang mudah. SOP restoran digubal dan sentiasa dikemas kini supaya rasa dan layanan tetap akan memberi rasa yang sama walaupun pekerja bertukar.

Restoran Al-Araby Matha’am, cawangan Pulau Pinang
Restoran Al Araby Matha’am cawangan Bukit Mahkota yang sentiasa penuh

Kemajuan restoran Al-Araby Matha’am membuatkan pihak pengurusan Tesco menawarkan bagi membuka lagi lima lagi restoran di lima buah cawangan Tesco. Namun, (Dr.) Sani Araby Al Kahery punyai falsafahnya yang tersendiri. Untuknya, industri makanan tidak perlu terburu-buru. Menurutnya, “Cepat naik, nanti cepat pula turunnya.”

Kini selepas 10 tahun, restoran Al-Araby Matha’am sudah ada tiga cawangan. Mungkin ada yang berfikir ia terlalu perlahan, hakikatnya, setiap cawangan mempunyai mempunyai saiz per kaki yang luas dan pelanggan yang sentiasa beratur menunggu untuk masuk.

Tambah (Dr.) Sani Araby Al Kahery, “Ia bukan sahaja berkenaan falsafah saya, tetapi ia juga perlahan kerana pada suatu waktu saya terpaksa menumpukan perhatian kepada aktiviti kemanusiaan MAPIM Malaysia.”

Al-Araby Matha’am menambah lagi ‘wing’ baru di cawangan Bukit Mahkota. Penambahan ‘wing’ baru ini diharap dapat mengurangkan waktu menunggu pelanggan yang selama ini ada yang sanggup menunggu di dalam kereta kerana meja sudah penuh.

Perasmian ‘wing’ baru restoran Al-Araby Matha’am Bukit Mahkota

Dengan asas yang sudah kukuh ini, untuk tahun ini Al-Araby Group mensasarkan untuk membuka lima cawangan Restoran Al-Araby Mathaam dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Al-Araby Berhad (dalam penubuhan).

Ditanya apa rahsia Restoran Al-Araby Matha’am?

“Makanan yang sedap,” jawab (Dr.) Sani Araby Al Kahery sambil tersenyum. Sudah pastinya selain daripada layanan pekerja yang kelas tinggi dan dekorasi restoran yang membuatkan pelanggan seolah-oleh berada di Timur Tengah tetapi dengan pakej harga yang menawan.

Untuk (Dr.) Sani Araby Al Kahery, ummah bukan sahaja dimajukan dengan semangat dan tenaga tulang empat kerat, tetapi juga perlu dana ekonomi. Itu hakikat yang perlu diterima oleh semua. Tanpa dana, banyak aktiviti pembangunan ummah yang terpaksa turunkan tarafnya, atau diperlahankan, dan paling malang, terpaksa dihentikan.

Itulah impian Al Araby Group of Companies di bawah pimpinan (Dr.) Sani Araby Al Kahery, menjadikan keuntungan Al-Araby Matha’am dapat dikembalikan semula kepada Ummah.

Info tambahan.
Restoran Al-Araby cawangan Bukit Mahkota mempunyai Ummah Function & Event Hall (dewan tingkat satu yang boleh memuatkan 200 orang serta berpenghawa dingin). Sangat selesa dengan kemudahan lift yang luas untuk naik turun, bagi yang kurang upaya dan mereka yang berumur. Ini bererti, restoran Al-Araby ada tiga seksyen yang menjadi pilihan viral pelanggan untuk menjamu selera serta mengadakan majlis yang ‘high class’.

https://www.arabymathaam.com/

Related Articles

Back to top button