Covid19Semasa

Covid-19 : Jangan pandang jijik bekas pesakit

Beri sokongan kepada yang sudah sembuh

KUALA TERENGGANU: Jangan pandang jijik bekas bekas pesakit COVID-19!

Ingatan itu dilontar Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, sebaliknya kata beliau masyarakat harus memberi sokongan kepada individu yang sudah sembuh dan ahli keluarga mereka.

Pada masa yang sama, katanya, ahli masyarakat mesti terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Coronavirus tidak mengenal bangsa, agama dan status, tetapi mudah untuk dielakkan dari dijangkiti jika pemantuhan SOP terus diamalkan termasuk sentiasa memakai pelitup muka, melakukan penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.”

“Orang ramai juga mesti mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta mengelakkan bersembang dengan jarak yang dekat,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kes COVID-19 di Terengganu, Dr Nor Azimi berkata, tiada kes positif baru dilaporkan dalam empat hari lalu.

Katanya, jumlah kes aktif yang dilaporkan ialah 34 iaitu masing-masing 12 di daerah Besut, Kuala Nerus (sepuluh), Kuala Terengganu (empat), Dungun (tujuh) dan satu kes di Marang.

“Sebanyak 25 kes sedang dirawat di hospital, manakala sembilan kes sembuh, ” katanya.- BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button