PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini memutuskan seorang wanita yang mempunyai nama Melayu bukan seorang yang beragama Islam kerana dia tidak pernah dibesarkan sebagai Muslim oleh ibunya yang beragama Budha, tidak pernah dianggap sebagai seorang Muslim dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.
Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Malaya, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut menyatakan, disebabkan ibu bapa Rosliza Ibrahim tidak pernah berkahwin maka wanita terbabit adalah anak luar nikah dan tidak boleh dinasabkan kepada agama bapanya yang beragama Islam.
Panel terbabit memutuskan demikian dalam rayuan oleh Rosliza agar dia diisytiharkan sebagai penganut Buddha dan bukan seorang beragama Islam.
Dalam saman pemulanya sebelum ini, Rosliza telah pergi ke Jabatan Agama Islam di 10 negeri dan berjaya mendapatkan pengesahan bahawa ibunya pernah memeluk Islam atau membuat perkahwinan mengikut agama Islam di antara kedua ibu bapanya.
Wanita terbabit mendakwa, ibunya berketurunan Cina tidak pernah menukar agama dan tidak pernah berkahwin dengan bapanya yang dikatakan mualaf Cina.
Pada 2015, Rosliza, 39, memfailkan saman pemula memohon perisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam kerana dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu beragama Buddha dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa terhadapnya.
Wanita itu mendakwa dia dibesarkan sebagai penganut Buddha oleh ibunya dan dia terus menganut agama Buddha sehingga hari ini.
Pada 20 Januari 2020, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk merayu bagi membolehkan dua persoalan perundangan dijawab antaranya sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai peruntukan eksklusif untuk mendengar dan menentukan sama ada seseorang individu itu Islam atau sebaliknya berbanding menentukan seseorang itu bukan lagi beragama Islam.
Dalam saman pemulanya sebelum ini, Rosliza telah pergi ke Jabatan Agama Islam di 10 negeri dan berjaya mendapatkan pengesahan bahawa ibunya pernah memeluk Islam atau membuat perkahwinan mengikut agama Islam di antara kedua ibu bapanya.
Wanita terbabit mendakwa, ibunya berketurunan Cina tidak pernah menukar agama dan tidak pernah berkahwin dengan bapanya yang dikatakan mualaf Cina -UTUSAN ONLINE