Kerohanian

4 bulan, Masjidil Haram sambut 7.5 juta jemaah

Ibadah umrah 1.9 juta orang, solat di dua-dua masjid

RIYADH : Selama empat bulan selepas kebenaran diberikan untuk mengimarahkan kembali Masjidil Haram, seramai hampir 7.5 juta jemaah melakukan ibadah Umrah dan solat di Masjid suci itu di Makkah, Arab Saudi.

Memetik Laporan Arab News, Presiden Ketua Umum Ehwal Dua Masjid Suci, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, katanya 1.9 juta orang menjalankan ibadah Umrah dan 5.5 juta orang solat di masjid dalam tempoh di antara 4 Oktober dan 30 Januari.

Tempoh berkenaan ialah apabila Masjidil Haram dibuka semula selepas digantung akibat pandemik COVID-19.

Menurut Arab News juga, Osama Al-Hujaili, pengarah di Jabatan tersebut, berkata pihak berkuasa berusaha keras bagi memastikan para jemaah dapat beribadah dalam sekitaran yang selamat dan sihat.

Beliau menambah apabila para jemaah kembali melakukan ibadah umrah secara bertahap-tahap, langkah-langkah-langkah jarak selamat sudah disediakan.

Apabila fasa ketiga bermula pada 1 November, Al-Hujaili berkata laluan-laluan tambahan akan disediakan dekat dengan Kaabah bagi warga emas dan orang kurang upaya.

Laluan pertama sepanjang 155 meter, boleh menampung 45 kerusi roda dan mengambil masa antara 10 dan 15 minit untuk bertawaf.

Laluan kedua pula yang terletak paling dekat dengan Kaaba, sepanjang 145 meter, boleh menampung 50 warga emas yang tidak memerlukan kerusi roda. – AGENSI

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button