KerohanianSemasa

Hadkan jumlah jemaah demi keselamatan umat Islam: Sultan Selangor

Tidak bererti masjid tutup, amal ibadah akan terhenti

SHAH ALAM :  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah keputusan mengehadkan jumlah ahli jemaah untuk solat di masjid di negeri itu ketika ini adalah demi keselamatan seluruh umat Islam.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata ia dibuat susulan kes jangkitan COVID-19 yang masih meningkat dengan jumlah kumulatif kes positif mencecah lima angka dan bilangan kematian mencapai tiga digit.

“Baginda memahami kegusaran dan kebimbangan umat Islam di Selangor yang belum boleh untuk solat fardu dan solat Jumaat berjemaah di masjid kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),”

Beliau dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun berkata Sultan Sharafuddin menegaskan tidak bererti sekiranya masjid dan surau ditutup, amal ibadah juga akan terhenti.

Menurut Datuk Mohamad Munir, baginda tidak mahu lebih ramai rakyat di Selangor dijangkiti virus COVID-19 akibat kelalaian dalam mematuhi PKP dan SOP sehingga boleh menyebabkan kematian.

Beliau berkata baginda juga berharap selepas ini tiada lagi pihak bertelagah sesama sendiri berhubung keputusan yang dibuat sebulat suara oleh pihak berwajib demi keselamatan umat Islam di Selangor.

Setakat ini hanya lima petugas masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau di Selangor dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah sejak PKP dilaksanakan pada 13 Januari lalu.- BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button