DuniaSemasa

90,000 bangunan di Istanbul berisiko jika gempa bumi besar melanda

ISTANBUL : Bandar terbesar di Turkiye, Istanbul, berisiko runtuh jika gempa bumi yang besar melanda, menurut Datuk Bandar Istanbul.

Amaran itu dibuat apabila lebih 41,000 orang terkorban akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan utara Syria minggu lalu.

Datuk Bandar Istanbul mendakwa bahawa anggaran terkini bangunan berisiko runtuh dalam gempa bumi adalah kira-kira dua kali lebih besar.

Kebimbangan itu muncul selepas lebih 10,000 bangunan runtuh di Turkiye berikutan gempa bumi kuat baru-baru ini manakala pasukan penyelamat dilaporkan terus berusaha mencari mangsa yang masih hidup.

“Kami perlu bergerak pantas untuk menambah baik struktur bangunan dan ia perlu selaras dengan kod pembinaan Turkiye bagi membina bangunan di kawasan yang terdedah kepada gempa bumi,” kata Imamoglu.

Beliau menambah, kira-kira 317,000 struktur bangunan di Istanbul diberikan kelulusan mengikut kod pembinaan yang ditetapkan.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button