PalestinSemasa

73 tahanan Palestin meninggal dunia akibat kecuaian perubatan sejak 1967

RAMALLAH :  Isu kecuaian perubatan yang berlaku sejak 1967 telah mengorbankan sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin ketika mereka berada dalam tahanan Israel.

Menurut lapoaran media antarabangsa yang memetik kenyataan Persatuan Tahanan Palestin, seorang wanita Palestin, Sa’diya Farajallah merupakan mangsa terbaharu yang meninggal dunia akibat kecuaian tersebut pada awal Julai lalu.

“Israel masih enggan melepaskan jenazah sembilan warga Palestin yang maut ketika dalam tahanan.

“Kira-kira 600 tahanan yang ditahan menghidap pelbagai penyakit termasuk 200 menderita penyakit kronik,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, NGO tersebut turut memberitahu bahawa seramai 23 tahanan Israel yang dipercayai menghidap penyakit kanser.

Farajallah, yang merupakan antara banduan tertua di penjara Israel, menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

Mereka menambah bahawa banduan yang paling teruk tekesan ialah Nasser Abu Hamid yang menghidap kanser paru-paru dan kini menjalani hukuman penjara seumur hidup serta berdepan risiko kematian “pada bila-bila masa” walaupun laporan perubatan menggesa dia dibebaskan.

PPC mendakwa penjara Israel sengaja melambatkan pemindahan banduan yang sakit ke hospital dan menjalankan pemeriksaan perubatan untuk mereka, dengan menyatakan enam kes kanser direkodkan dalam kalangan banduan sepanjang tempoh Ogos 2021 dan Jun lalu.

Untuk rekod, hampir 4,550 rakyat Palestin berada dalam penjara Israel, termasuk 175 kanak-kanak, 31 wanita dan 700 tahanan yang dipenjarakan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button