
IDLIB : Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) awal Khamis di wilayah Idlib Syria.
Operasi itu menyasarkan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ISIS dengan sokongan sebuah jet pejuang F-16 dan sebuah helikopter. Bom udara yang dilancarkan pada 1.20 pagi waktu tempatan daripada helikopter ke sebuah rumah berhampiran kampung Atma.
Sekitar jam 12:30 malam, sebuah helikopter sedang berlegar-legar di atas sebuah rumah yang disyaki menempatkan pengganas ISIS manakala sebuah lagi helikopter sedang memanggil individu tersebut untuk keluar dari kediamannya menggunakan megafon.
Tembakan yang menyasarkan individu tersebut dilepaskan selepas enggan menyerah diri kepada tentera AS yang turut mengakibatkan kerosakan harta benda awam. Tindakan yang tidak bermoral itu turut meragut nyawa 13 orang, termasuk enam kanak-kanak dan empat wanita.

