ABUJA : Tragedi bas dihanyutkan air sungai yang deras ketika ketika cuba menyeberang sungai yang dilimpahi telah mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang.
Menurut laporan Agensi Anadolu, bas tersebut sedang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan.
Gabenor Daerah Kitui Charity Ngilu memaklumkan pemandu bas berkenaan cuba meredah sungai Enziu yang mengalir deras, kira-kira 200 kilometer (125 batu) timur ibu negara Nairobi, apabila kenderaan itu terbalik dan tenggelam.
“31 mayat sudah ditemui setakat ini semasa usaha menyelamat manakala 12 orang berjaya menyelamatkan diri daripada lemas, termasuk empat kanak-kanak.
“Ia benar-benar menyedihkan. Kita kehilangan banyak nyawa,” katanya.
Dalam pada itu, mereka menjangkakan jumlah kematian kemungkinan bertambah dan usaha pencarian dan menyelamat masih diteruskan di wilayah itu.
-AGENSI