Kemanusiaan

30 tahun cekal berdakwah, Ustaz Kamarudin diberikan amanah baru

Ketua Kluster Non-Muslim & Saudara Baru, (MAIM), YADIM

“Mereka baling batu kita bagi bunga”

Apabila agama Islam dihina, demikian yang dipraktikkan, selaras saranan Baginda Nabi Muhammad SAW,  tidak membalas apa yang pencemuh lakukan sebaliknya terus menyampaikan yang terbaik mengenai Islam, sekaligus mencerminkan keperibadian Baginda Rasulullah SAW.

Atas rasa tanggungjawab dan dengan hasrat menyebarkan kasih sayang seperti ajaran Islam, Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) terus mengadakan program dakwah yang diketuai oleh Presidennya, Tuan Haji Kamarudin Abdullah.

Sentiasa menyantuni saudara-saudara baharu dan juga sesiapa sahaja merentasi sempadan kaum, bangsa dan agama –  menjadikan beliau terpilih sebagai Ketua Kluster Non-Muslim dan Saudara Baru Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, YADIM.

Ustaz Kamaruddin Abdullah sebagai aktivist Misi Bencana Palu – Indonesia Bersama MAPIM Malaysia untuk laksanakan Trauma Healing

”Moga dengan usaha kerdil ini Allah mencampakkan hidayah kepada mereka untuk mentauhidkan-Nya,” – Tn Hj Kamaruddin Abdullah

Tuan Haji Kamarudin juga adalah Pengarah Hal Ehwal Dakwah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia.

Dengan pelantikan beliau itu MAPIM Malaysia mengucapkan tahniah kepada beliau.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Yang Dipertua YADIM, Ustaz Haji Nasruddin Hasan di atas pelantikan Tuan Haji Kamarudin.

Semoga dengan pelantikan ini, dakwah Islam akan terus mekar dan berkembang di seluruh pelosok dunia dan mendapat manfaat kepada ummah dan yang belum mengenali Islam.

Tuan Haji Kamarudin dilahirkan pada tahun 1968, dalam keluarga beragama Kristian bermazhab Katholik.

Seiring meningkar remaja, beliau mendalami Islam lantas menganut agama Islam ketika berusia 18 tahun.

Selaku Presiden IPSI, beliau sering menyelitkan dakwah di setiap program yang disusun IPSI.

Tazkirah yang sudah menjadi satu kemestian disampaikan beliau sebagai makanan rohani buat para pendengar, sebagai ingatan kepada semua.

Usaha dakwahnya di dalam dan luar negara terserlah malah beliau diangkat sebagai Protégé peringkat antarabangsa kepada pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik.

Beliau turut muncul dalam prgram dakwah antarabangsa seperti  Peace TV dan Huda TV yang ditonton oleh 100 juta penonton di seluruh dunia.

Mempunyai pengalaman luas dalam memperkasa saudara-saudara baru, beliau sering diundang menyampaikan kertas kerja dakwah pada persidangan di dalam dan di luar negara.

Tuan Haji Kamarudin juga pernah bersama-sama MAPIM dalam misi-misi kemanusiaan.

Antaranya di Palu yang dibadai tsunami.

Beliau diingati kerana ketika dalam keadaan bumi yang hancur di Palu, beliau melaungkan azan untuk menandakan masuknya waktu Zohor.

Masjid sekitar yang ranap tidak berupaya untuk membolehkan azan dilaungkan, memaksa beliau mengalunkan kalimat `Marilah Bersolat’ dibumi yang dibadai tsunami itu.

Bangunan Sekolah Menengah Agama Al-Quran Karisma, menjadi saksi laungan azan.

Sekolah itu juga menjadi markas operasi dan penempatan pasukan misi kemanusiaan MAPIM seramai 40 sukarelawan termasuk beliau yang mewakili IPSI.

IPSI yang diasaskan pada tahun 1995 adalah pertubuhan dakwah yang menumpukan dakwah kepada golongan bukan Islam juga berperanana sebagai pusat bimbingan untuk saudara baharu.

Antaranya program Street Dakwah yang baru dijalankan baru-baru ini  dengan temanya “Share the Love and Mercy of Prophet Muhammad PBUH”.

Program secara berterusan ini telah dilaksanakan oleh IPSI  lebih 10 tahun lalu, pada setiap kali  sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan menyemai nilai kasih sayang sesama insan.

Malah IPSI juga menyantuni barisan hadapan, serta golongan asnaf yang memerlukan apatah lagi di kala kesan ketara ke atas sosio ekonomi masyarakat akibat pandemik Covid-19.

PRESIDEN IPSI, Kamaruddin Abdullah (kiri) dan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamad Jusoh Ismail (kanan) meninjau sumbangan daripada IPSI untuk kegunaan kakitangan serta banduan di perkarangan Penjara Reman Pulau Pinang, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. -UTUSAN/SAFINA RAMLI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button