Semasa

18 jalan sekitar Ibu Kota bakal ditutup untuk sambutan Hari Kebangsaan bermula 26 Ogos

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan bahawa sebanyak 18 jalan di sekitar Kuala Lumpur bakal ditutup.

Menurut beliau, antara jalan yang terlibat bermula pada 26 Ogos adalah Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Raja bagi memberi laluan untuk raptai skeleton.

Manakala pada 27 hingga 29 ogos raptai penuh pula akan melibatkan penggunaan jalan dan semua laluan menghala ke Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka, Jalan Damansara dari arah Seremban Highway, susur ke Jalan Travers dan Jalan Damansara dari arah Parlimen menghala ke Bangsar bakal ditutup.

Selain itu, ACP Sarifudin turut memaklumkan bahawa jalan di Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu arah Selayang dan arah Cheras bakal ditutup semasa raptai penuh itu, dengan semua kenderaan akan dihala ke Selayang.

Namun begitu, pada 30 Ogos tiada penutupan jalan akan dibuat. Pada hari kejadian pula iaitu 31 ogos 18 jalan bakal ditutup bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada program sambutan Habi Kebangsaan.

18 jalan yang terlibat adalah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Damansara (arah ke Bangsar), Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu (arah Selayang), Jalan Kinabalu (arah Cheras), Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn), Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen), Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin), Jalan Tun H. S. Lee, Jalan Gereja, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6..

Sarifuddin turut menyatakan bahawa seramai 175 pegawai dan anggota polis bakal membuat pemantauan dan kawalan di setiap persimpangan penutupan jalan di sekitar ibu kota pada hari tersebut, beliau menganggarkan kira-kira 50,000 orang akan hadir memeriahkan sambutan tersebut. – Bernama

Related Articles

Back to top button