Semasa

141 hari mogok lapar, rakyat Palestin dibebaskan dalam tahanan penjara Israel

RAMALLAH : Seorang lelaki Palestin yang telah melancarkan mogok lapar selama 141 hari akan dibebaskan dari penjara Israel tanpa bicara pada Februari.

Hisham Abu Hawash, berusia 40 tahun, bapa kepada lima anak yang merupakan ahli pertubuhan Jihad Islam, memulakan protes terhadap sistem “penahanan pentadbiran” Israel, yang membolehkan individu ditahan selama bertahun-tahun tanpa didakwa atau mendengar bukti mereka.

Jawad Boulos, peguamnya, mendakwa Hisham bersetuju menghentikan mogok laparnya selepas Israel berjanji membebaskannya pada 26 Februari.

Tindakan itu dipuji sebagai satu kejayaan oleh Kelab Banduan, yang mewakili tahanan Palestin terdahulu dan semasa. Encik Abu Hawash telah menghabiskan lapan tahun di penjara Israel dengan lebih separuh daripada masa itu dihabiskan dalam tahanan pentadbiran, menurut laporan itu.

Kebimbangan terhadap kesihatan Encik Abu Hisham semakin meningkat selepas kakitangan perubatan dari Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa mendapati beliau berada dalam keadaan kritikal yang memerlukan pengawasan klinikal pakar.

Menurut pertubuhan hak asasi manusia Israel dan antarabangsa, amalan Israel itu menghalang tahanan daripada mengakses proses yang sewajarnya.

Selepas menerima berita pembebasan Encik Abu Hawash, penduduk Palestin menyalakan bunga api dan meraikannya di jalanan, menurut video yang dimuat naik di media sosial.

Mahkamah tentera Israel mempunyai bidang kuasa ke atas 2.5 juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat yang diduduki, manakala penduduk Yahudi di rantau itu adalah rakyat yang tertakluk kepada keadilan awam Israel. Tebing Barat telah dijajah oleh Israel dalam perang 1967.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button