KUALA LUMPUR : 12 April iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.
Antara lokasi yang berkenaan adalah:
- Pontian Kecil, Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
- Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor;
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah
- Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan;
- Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
- Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur;
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
- Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar