SEREMBAN: Sebelas mangsa termasuk tiga kanak-kanak daripada tiga keluarga di Kampung Keru, Batu Kikir, Kuala Pilah dekat sini terjejas akibat banjir kilat malam tadi berikutan hujan lebat sejak petang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah, menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal.
Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam, Pengarah APM Negeri Sembilan
“Air naik ke paras 0.5 meter, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan tiada pusat pemindahan dibuka,” lapor Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam, Pengarah APM Negeri Sembilan.
Dalam kejadian berasingan, beliau berkata tiga kereta terjatuh ke dalam gaung akibat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Berlian di sini pada 2:15 pagi tadi selain keretakan jalan sepanjang 30 meter disebabkan mendapan dan pergerakan tanah di kawasan itu.
“Mangsa memaklumkan terdengar bunyi litar pintas sebelum mendapati tiang elektrik dan tiga keretanya terjunam ke gaung. Tiada mangsa dilaporkan cedera selain turut menasihatkan penduduk berdekatan berpindah ke tempat selamat,” katanya. – BERNAMA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038