11 individu didapati positif Covid-19 di Parlimen

PUTRAJAYA – Seramai 11 individu termasuk petugas dikesan positif Covid-19 dalam saringan yang dilakukan di Parlimen pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 10 kes dikesan positif melalui RTK-AG Saliva Test Kit dan bakinya menerusi RT-PCR.
“Pada 29 Julai 2021 jam 12.30 tengah hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan mengenai dua (2) kes baharu positif COVID-19 yang telah hadir ke Parlimen.
“Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen pada Isnin sehingga Rabu dan dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Julai 2021 melalui ujian pengesahan RT-PCR yang dijalankannya di sebuah fasiliti kesihatan kerana beliau mengalami gejala batuk serta selesema,” katanya.
“Manakala kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi sama dengan menggunakan ujian kendiri RTK- AG Saliva kerana beliau mengalami gejala batuk
“Berdasarkan maklumat siasatan awal serta sejarah pergerakan, didapati kedua-dua kes tersebut dikhuatiri telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh Sidang Mesyuarat Khas Parlimen,” katanya.
“Dua daripada mereka dikesan bergelaja ringan manakala selebihnya tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, sehingga jam 8.00 malam semalam seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit.
Daripada jumlah yang disaring tersebut, sebanyak sembilan (9) lagi kes dikesan positif COVID-19 menjadikan secara keseluruhan sepuluh (10) kes yang dikesan melalui RTK Ag saliva test kit (1 kes tengah hari, 9 kes petang).
Secara keseluruhan, sebanyak sebelas (11) kes positif telah dikesan pada 29 Julai 2021 iaitu sepuluh (10) melalui RTK Ag saliva test kit dan satu (1) melalui RT PCR.
Dr Noor Hisham berkata, kesemua yang hadir dan berada di Parlimen mulai 26 Julai dinasihati agar menjalani ujian saringan.
“Sehingga jam 8 malam 29 Julai, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah menjalankan ujian saringan RTK-AG Saliva terhadap 1,183 individu,” katanya.
Ujarnya, pasukan kesihatan akan menjalankan siasatan, penilaian risiko, pengesanan kontak, langkah-langkah pencegahan dan kawalan termasuk pembersihan dan disinfeksi di bangunan Parlimen.
“Semua yang akan hadir ke sesi Sidang Mesyuarat Khas Parlimen minggu hadapan dinasihatkan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.
“Mereka yang bergejala disaran membuat pemeriksaan dan tidak hadir ke Parlimen,” katanya.