DuniaKemanusiaanSyria

Utara Syria dikejutkan letupan bom kereta

Lima maut, jumlah dijangka meningkat kerana ramai kritikal

AL-BAB SYRIA : Sekurang-kurangnya lima orang awam dilaporkan terkorban dan berpuluh lagi cedera dalam letupan bom kereta di persimpangan jalan di Qabasin, utara Al Bab, Syria.

Jumlah mangsa yang terbunuh dijangka meningkat dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa (24/11)  kerana kebanyakan mangsa dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Memetik berita Agensi Anadolu, penyerang meletupkan kenderaan yang mempunyai bahan letupan.

Selain nyawa yang terkorban, banyak kemusnahan berlaku termasuk premis sekitar.

Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi mengelakkan kemusnahan lebih besar.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital al-Bab.

Pihak berkuasa tempatan mendakwa pasukan pemisah YPG/PKK disyaki mendalangi serangan berikutan kumpulan itu menguasai sempadan selatan Turki.

YPG/PKK didakwa sering melakukan serangan di kawasan Jarablus, Azaz, Afrin dan al-Bab daripada wilayah bersebelahan Tal Rifaat dan Manbij.

Sementara itu, Timbalan Penyelaras Kemanusiaan Syria PBB, Mark Cutts berkata letupan kereta dan bahan letupan diubah suai sering dijadikan medium serangan di Syria.

Malah bagi tahun ini sahaja, medium terbabit telah menyebabkan kesengsaraan dan kehilangan nyawa kepada 132 mangsa yang rata-ratanya orang awam dan kanak-kanak.

Manakala 461 lagi nyawa cedera.

Dari sudut kawasan, al-Bab ketika dulu dikuasai pengganas Daesh dan kini selepas pembebasannya selepas Operasi Perisai Euphrates, yang digerakkan Barisan Tentera Turki dan Tentera Kebangsaan Syria.

Gerakan ketenteraan Turki itu dijalan pada 24 Ogos 2016 bagi menghapuskan ancaman keganasan di selatan sempadan Turki daripada Daesh.

Sejak pembebasan itu kebanyakan penduduk asal Al-Bab kembali ke kediaman mereka dan sehingga Februari tahun ini pendudukan semula di al Bab meningkat 250,000 penghuni berbanding pada 2017 iaitu 130,000 orang.

Perang saudara Syria telah membunuh lebih 380,000 nyawa sejak penindasan dilakukan selepas perang saudara pada tahun 2011.


RAYUAN DANA BANTUAN KECEMASAN MUSIM SEJUK RESCUESYRIA (MAPIM MALAYSIA)

INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

 

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
_____________________________
2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
______________________________

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button