Dunia

Taufan Nivar badai tenggara India tengah malam

Ramai penduduk berpindah

PUDUCHERRY: [VIDEO] Ribuan penduduk di tenggara India mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah masing-masing dan berpindah susulan taufan yang dijangka melanda selepas tengah malam ini.

Pakar kaji cuaca menjangkakan Taufan Nivar itu akan mengakibatkan tiupan angin berkelajuan 120 kilometer sejam (km/j) dan meningkat kepada 145 km/j ketika membadai kawasan daratan.

Berikutan itu, ribuan petugas kecemasan peringkat persekutuan dan negeri dikerah ke wilayah selatan India, iaitu Tamil Nadu, Andhra Pradesh dan Puducherry yang dijangka kawasan paling teruk dilanda puting beliung berkenaan pagi esok.

Pihak berkuasa tempatan setakat ini mengumumkan cuti umum yang menyaksikan kesemua operasi dihentikan, kecuali perkhidmatan kecemasan.

Tular di media sosial mengenai keadaan di pantai Nagappatinam yang menyeramkan penduduk.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button