Covid19KemanusiaanKesihatan
Trending

Ummah Mobile Clinic perkhidmatan kesihatan bergerak percuma MAPIM Malaysia

Digerakkan Aktivist Doktor & Pakar berpengalaman

KAJANG : MAPIM Malaysia bakal melancarkan klinik bergerak percuma yang dinamakan Ummah Double-Decker Mobile Clinic.

Ia beroperasi daripada bas dua tingkat yang diasaskan dengan pengubahsuaian cetusan idea dan pantauan rapi oleh (Dr) Sani Araby Al-Kahery yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia)

“Ini adalah antara usaha kerdil kita untuk santuni Ummah tanpa mengira bangsa dan agama dengan kasih sayang. Ummah Double-Decker Mobile Clinic ini digerakkan dengan wakaf infaq rakyat Malaysia. Tiada sebarang caj dikenakan untuk asnaf dan juga mereka yang memerlukan. Kalau hotel ada 5 Stars Class, khidmat bakti Islam jauh lebih baik kerana kita bagi ‘Jannah Class’ kepada semua tanda Islam itu agama yang cintakan kasih sayang sesama manusia” – kata (Dr) Sani Araby Al-Kahery yang ditemubual langsung dari bumi Syria menerusi telefon dalam rangka Misi Bantuan Kecemasan Rescue Syria bersama Agensi Wakaf Kerajaan Turki.

Bagi menyediakan perkhidmatan yang profesional, semalam Tim Ummah Double-Decker Mobile Clinic menerima kunjungan Dr Faiz dan Dr Afyfy dari Klinik Nur Cahaya, bagi membincangkan tentang prosedur dan tatakerja perubatan yang profesional.

MAPIM Malaysia diwakili oleh Pengarah Domestik MAPIM Malaysia, Kapten Bersekutu (PA) Tuan Haji Muhammad Faris Hussain.

Menurut Dr Faiz, “Kami boleh membantu menyediakan MA dan MO yang berpengalaman.”

Faris Hussain berbincang bersama penggerak Ummah Double-Decker Mobile Clinic

Apabila beroperasi sepenuhnya nanti, Ummah Double-Decker Mobile Clinic ini akan mempunyai dua buah katil rawatan, dan dua buah bilik perundingan.

Ummah Double-Decker Mobile Clinic akan menyediakan rawatan asas untuk pesakit ringan dan luar. Sementara pesakit kritikal akan terus dirujuk ke hospital.

Ia akan bergerak ke semua tempat yang memerlukan. Sama ada di kawasan bencana ataupun di kawasan yang sukar mendapatkan rawatan.

Jangkaan MAPIM, Ummah Double-Decker Mobile Clinic akan beroperasi sepenuhnya semasa musim banjir, bagi membantu mereka di kawasan terjejas.

Haji Muhammad Faris Hussain yang mewakili MAPIM berkata, “Kami di MAPIM Malaysia komited memberikan bukan sahaja khidmat yang percuma, tetapi yang terbaik dan menurut SOP pihak kesihatan Malaysia.”

Bagai dalam jet peribadi – begitulah yang terasa saat masuk ke dalam Ummah Double-Decker Mobile Clinic ini.
Sani Araby Al-Kahery merupakan pengasas dan pencetus idea untuk jadikan sebuah bas dua tingkat kepada Ummah Double-Decker Mobile Clinic untuk berikan khidmat perubatan percuma kepada asnaf khususnya di luar bandar
Ekslusif dan Selesa – Terdapat 2 buah suit menempatkan Doktor manakala 2 buah bilik lagi digunakan untuk perundingan dan pemeriksaan

Semoga usaha MAPIM ini akan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan rawatan kesihatan percuma.


2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan
kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
Klik Link berikut – www.bantuummah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button