DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Usai diusir orang Palestin, bangsa biadap lantun lirik `Yimach Shemam’ di Masjid suci Aqsa!

Slogan sumpahan dahsyat Yahudi kepada musuhnya!

JERUSALEM : [VIDEO]

Jika orang Palestin bersemangat dengan lauangan birruh, biddam, nafdika ya Aqsa! Yahudi pula membalasnya dengan `Yimach Shemam’.  Apakah Yimach Shemam!

Pada masa ribuan pengikut Yahudi meraikan Hari Kemenangan bagi mereka di sebalik dinding, warga Palestin dihujani serangan udara. Benar adakah hari kemenangan tetapi istilah sebenar mereka adalah penceroboh Tanah Asal Palestin.

Semalam 150 orang cedera termasuk anggota paramedik, setelah dipukul dan ditemnak peluru getah oleh polis Israel. Mereka mengarahkan semua pihak untuk mengosongkan Masjidil Aqsa dan sekitar perkarangannya. Manakala jemaah di  Masjid Qibli diuntuk beriktikaf selepas solat terawih. Selepas berjaya mengusir kedengaran di satu bahagian di Aqsa, Dinding Barat untuk mereka melakukan ritual.

Kemudian pada waktu malam puak Yahudi  berhimpun dan merarikan sorakan Yimach Shemam” slogan yang bererti semoga namanya dipadam. Laungan itu antara lirik yang dapat didengar dengan jelas ketika Zionis meraikan Hari Jerusalem di tempat kiblat pertama seluruh umat Islam, semalam.

Sambil berlonjak-lonjak aksi mereka turut menyanyi beramai-ramai dan menyahut seruan “Yimach Shemam’. Dua perkataan ini yang ditafsirkan sebagai ‘semoga namanya dipadam’ merupakan perkataan yang dipetik daripada kitab berbahasa Hebrew. Perkataan ini disebut sebagai satu sumpahan kepada musuh-musuh Yahudi.

Perkataan itu menjelaskan mengenai seorang individu yang dikenali sebagai Samsons meminta pembalasan terhadap masyarakat Filistin.

“Tuhan, ingatlah aku, dan kuatkanlah aku, aku mohon, hanya kali ini, agar aku membalas dendam terhadap orang Filistin dengan kedua mataku.” – Judges 16:28.

Bait lirik ini juga ialah sumpahan yang paling dahsyat bangsa Yahudi terhadap musuh mereka.

Jelas, apabila nyanyian itu dilaungkan di perkarangan Masjid Al-Aqsa, umat Islam adalah musuh mereka yang nyata.

Malam-malam terakhir Ramadan di bumi suci Masjid Al-Aqsa kini dicemari dengan nyanyian sumpahan sekumpulan zionis tersebut.

Biarpun, Islam dikutuk dan dipersendakan, namun, ia langsung tidak mematahkan semangat pejuang Palestin dalam mempertahankan kawasan suci itu.

Sukar untuk menangkap betapa ngerinya video ini. Ribuan orang Yahudi Israel bernyanyi tentang membalas dendam, melaungkan ” Yimach shemam (semoga nama mereka dihapus),” menari ketika api terbakar di Gunung Bait Suci. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin – yang berani dan tidak disaring. – @simonerzim

Menari dalam perayaan ketika masjid sedang terbakar. Sangat menakutkan dalam sejarah. – @unofiatu

Rata-rata di laman sosial,  kelakuan biadap Yahudi dikecam kerana pada masa yang sama puak Yahudi meraikan hari kemenangan yang didakwa mereka masyarakat Palestin berlumuran darah dihambat cota dan senapang tentera Zionis.

Dengan bersenjatakan batu-batuan dan botol plastik, pejuang Palestin berusaha menyelamatkan diri daripada ancaman peluru getah polis Israel.

Dan hari ini pada awal pagi bermula tengah malam semalam, Gaza pula dihujani serangan udara Zionis hingga mengorbankan lebih 20 nyawa termasuk sembilan orang kanak-kanak.

 

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

==

*Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua yang mahu membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

 

Related Articles

Back to top button