DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Israel ikrar bertindak balas – Netanyahu

Serang sasaran ketenteraan di Gaza

BALTULMAQDIS :  “Kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan di wilayah, ibu kota, warganegara dan tentera kami. Mereka yang menyerang kami akan membayar harga yang tinggi,” – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu

Demikian kata-kata amaran dilontarkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang nekad membalas serangan Hamas dari Gaza.

Netanyahu berkata, Hamas melampaui batas dengan mengarahkan peluru berpandu ke arah Bailtulmaqdis menyebabkan negara Yahudi itu bertindak balas dengan kekuatan.

Tentera Israel menyatakan 150 roket dilancarkan dari Gaza, puluhan antaranya dipintas oleh Sistem Pertahanan Udara Iron Dome, tanpa sebarang laporan korban nyawa.

Pic : Ibraheem Abu Mustafa/Reuters

Israel dalam tindak balasnya melancarkan serangan udara ke atas Gaza malam tadi.

Menurut Pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri, angka korban terkini setakat jam 12.43 tengah hari ialah seramai 24 orang dengan sembilan daripadanya ialah kanak-kanak dan 103 lagi penduduk cedera akibat serangan yang masih berterusan ke atas Gaza. Seorang komander kanan Hamas turut cedera.

Shehab Agency, melaporkan tiga syahid termasuk seorang wanita berusia  57 tahun dengan anaknya yang kurnag upaya dan berkerusi roda selepas rumahnya di Kem Pelarian Shati dibedil tentera Israel di barat Gaza.

Memetik AFP, Jurucakap tentera rejim,  Jonathan Conricus berkata, pihaknya akan menyerang sasaran ketenteraan di Gaza.

“Kami sudah membuat persiapan untuk pelbagai senario termasuk berintensiti tinggi,” katanya yang sudah menyasarkan dua pelancar roket, dua pos tentera, sebuah terowong dan lapan operasi Hamas di Gaza.

*Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua yang mahu membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button