Semasa

3 ada kaitan sindiket salah guna cap keluar masuk diburu

SPRM dedah nama dan alamat terakhir

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan lelaki pertama dikenali sebagai Clement Chen Wei Chien, 35, yang mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara itu, lelaki kedua dikenali sebagai Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.

SPRM dalam masa sama sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-5098947,” menurut kenyataan itu.

Bernama pada Jumaat lalu melaporkan SPRM menahan 50 orang dalam Ops Selat di beberapa negeri, yang berkaitan pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara, membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen hasil risikan dan pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button