Semasa

Usaha MAPIM semai jiwa aktivis sukarelawan pelajar USIM

Oleh Muhammad Fazli Othman, Taskforce MAPIM

NILAI : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  terus menggalakkan penglibatan golongan siswa dalam melancarkan gerak kerja santuni ummah di Malaysia.

Libat sama MAPIM  bersama lebih 20 aktivis relawan dari Persatuan Pelajar Dakwah dan Pengurusan Islam (DIMAC) Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini sangat memberi kesan dalam memberi pendedahan dan pengalaman yang bermakna  buat siswa siswi sejajar dengan jurusan yang diambil dan hal ini sangat dekat dengan segala gerak kerja santuni ummah MAPIM.

MAPIM telah menganjurkan program Ihya’ Ramadhan dan MAPIM Bersama Masjid di Masjid Dato’ Klana Petra Nilai dan Dataran Putrajaya.

Antara acara yang dijalankan adalah MAIWP-MAPIM Mobile Clinic iaitu program pemeriksaan kesihatan, konsultasi dan pemberian ubat-ubatan secara percuma kepada masyarakat.

Selain itu, MAPIM juga telah menggerakkan MAPIM Mobile Kitchen yang menyediakan menu istimewa Nasi Arab Ayam Mendy sebanyak 500 pek untuk juadah berbuka puasa kepada orang ramai di samping agihan bubur lambuk dengan kerjasama Charity Care Malaysia (CCM).

Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan slot kuliah subuh oleh pendakwah terkenal, Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff yang merupakan penasihat syariah MAPIM dan tazkirah Ramadhan oleh Datuk Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM.

Pihak MAPIM juga turut menggerakkan tabung kemanusiaan dan set kupon waqaf infak Ramadhan domestik dan global iaitu Syria dan Gaza seperti waqaf selimut tebal musim sejuk, heater, pembinaan bandar dan masjid, food box dan lain-lain.

“Libat sama siswa universiti ini bukan hanya ingin memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar setakat program ini sahaja, malah jauh daripada itu adalah untuk membantu membentuk pelbagai kemahiran lain dalam diri pelajar itu sendiri yang mana ianya sangat penting dan bermanfaat sebagai persiapan diri mereka melangkah ke alam kerjaya kelak di samping mendidik pelajar.

Selain itu, ia bukan hanya sekadar menjadi sukarelawan apabila mereka suka akan sesuatu acara, malahan kita mahu mendidik dan berkongsi kepada pelajar serta masyarakat untuk menjadi seorang “aktivis” iaitu mereka sendiri seorang yang aktif dan rela berkorban serta berjuang dengan penuh semangat dalam usaha menyantuni ummah tanpa dipaksa atau disuruh.

InshaAllah, beberapa aktiviti dan program lain telah dirancang bersama pensyarah dan akan dijalankan selepas Aidilfitri nanti.” Ulas Saudara Muhammad Fazli Othman, Pegawai Tugas Khas MAPIM.

“Buat pertama kali saya menyertai program anjuran MAPIM, saya berasa sangat teruja dan seronok kerana dapat bersama kawan-kawan bantu pihak MAPIM menyediakan makanan untuk diagihkan kepada orang ramai, apabila kita memberi kepada orang yang betul-betul memerlukan , memang nampak pada wajah mereka riak kegembiraan.

Saya juga turut gembira apabila melihat senyuman orang disekeliling. Harapan saya adalah,jika diberi kesempatan untuk membantu dalam pelbagai perkara dan membantu lebih ramai orang di kemudian hari insyaallah,” kata Muhammad Ikhwan Salim, salah seorang sukarelawan USIM.

Sementara itu, MAPIM dengan kekuatan sayap sukarelawan MAPIM Rangers Malaysia sedang giat menjalankan serahan kotak bantuan makanan asas di seluruh negeri semenanjung Malaysia sepanjang Ramadhan ini bagi memastikan segala gerak kerja domestik terus berjalan dengan lancar dan meluas.

“Amalan yang dicintai oleh Allah iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang Muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya , atau engkau lunaskan hutang-hutangnya atau hilangkan kesulitannya”

HR At-Thabrani

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button