Covid19DuniaPalestinSyria

UNHCR gesa bantuan segera kepada Lubnan, pelarian

Elak kesan buruk sedia ada melarat

Masyarakat dunia digesa membantu Lubnan yang dihimpit masalah dalaman dan juga amaran kebanjiran pelarian yan betul-betul terdesak dalam waktu sukar ini.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian, Filippo Gandi berkata gesaan dikeluarkan setelah beliau melihat sendiri bagaimana pentingnya bantuan diperlukan di Lubnan ketika ini.

Gandi berkata demikian selepas melakukan beberapa lawatan ke kawasan perkhemahan pelarian Syria di Lubnan dan mengunjungi kawasan perlindungan sementara mangsa-mangsa letupan di Beirut yang berlaku pada 4 Ogos lalu.

Grandi speaks with Khalil and his family outside their home in an informal tented settlement in Lebanon's Bekaa Valley.

– UNHCR/Houssam Hariri

Turut dikunjungi beliau minggu lalu ialah kemudahan pengasingan Covid-19 di Lubnan yang didirikan agensi dunia itu, juga kawasan hospital bagi rawatan penularan wabak covid-19.

Beliau turut menemui beberapa keluarga yang kini hidup amat daif kesan ekonomi Lubnan yang semakin malap, dan nilai pound jatuh menjunam.

Paras kemiskinan semakin meningkat apatah lagi dengan faktor penyumbangnya iaitu daripada pelarian-pelarian yang dulunya mengharapkan pekerjaan di Lubnan untuk menampung keluarga kini tidak lagi berdaya.

Setakat ini paras kemiskinan meningkat secara mendadak sejak akhir tahun lalu daripada 55 peratus kepada 75 peratus, didorong kesan tragdei letupan pelabuhan yang makin menambah parah keadaaan sedia ada.

Populasi Lubnan yang bercampur dengan majoriti pendudukan pelarian juga menambah sukar pembangunan negara itu untuk waktu terdekat.

“Lubnan adalah negara yang telah menjadi rumah kepada jutaan pelarian lebih 70 tahun yang lalu. Pelarian Palestin, Iraq, dan Syria, tapi kini Lubnan sendiri terpaksa membantu rakyatnya sendiri juga. Lubnan memerlukan pertolongan daripada satu ribut yang dahsyat membadai.”.

Sehubungan itu, katanya penting untuk dunia membantu Lubnan dan memberikan sokongan kemanusiaan kepada rakyatnya, juga sudah tentu, buat pelarian-pelarian di negara itu juga untuk mereka dapat bangun kembali, kendiri memajukan diri.”

“Kita perlu bergerak cepat, menggerakkan sumber-sumber yang ada dan sekurang-kurangnya meredakan sedikit penderitaaan yang dihadapi mereka.”

Pelarian yang ditemui Grandi, ialah keluarga Khalil Ibrahim, 38, yang melarikan diri dari Aleppo, mencari perlindungan di Lubnan tujuh tahun lalu.

Mendiami Lembah Bekaa, Khalil kini tidak berdaya untuk mencari rezeki sebaliknya tugas itu disandang isteri dan anak perempuannya, Nahed, kerana Khalil mengalami masalah kesihatan.

Seawal 12 tahun, Nahed terpaksa mengambil upah mememetik sayur-sayuran di kebun berhampiran dengan upah ASD$2 sehari.

Pastinya satu keputusan yang sukar buat Khalil tetapi dia terpaksa berbuat demikian.

Dalam waktu paling sukar ini, dia juga terpaksa meminjam kerana kenaikan harga barang dan selain barangan yang sukar didapati kerana keterbatasan pergerakan pada masa Covid-19 masih berleluasa.-UNHCR

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button