Covid19Semasa

Covid-19 : Kerajaan tumpukan Sabah kerana kes terlalu tinggi!

ATM bina hospital medan, dapatkan khidmat Airbus TUDM

KUALA LUMPUR : Kerajaan kini memberi tumpuan khusus kepada Sabah berikutan penularan COVID-19 yang terus mencatat peningkatan kes berbanding negeri lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelbagai bantuan disalurkan termasuk kewangan, meningkatkan keperluan kesihatan dan menambah kekuatan anggota serta aset keselamatan, selain jumlah sekatan jalan raya.

Malah demografi Sabah yang luas dan jumlah penduduk ramai memerlukan kerajaan memberi tumpuan khusus. Semua tindakan ini adalah usaha kita bagi menyekat penularan COVID-19 sekali gus memastikan keselamatan rakyat, ujarnya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari rumah beliau hari ini.

Berdasarkan kes baharu semalam Sabah masih lagi mendominasi kes baharu tertinggi iaitu 489 kes (77.7 peratus).

KKM juga berkata Lebih banyak keputusan makmal telah diperolehi. M

Makmal di Sabah misalnya, telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera.

Sementara itu, pesawat TUDM Airbus 400 juga telah berlepas pagi ini dari Subang ke Tawau membawa aset dan pasukan hospital medan di Tawau.

Hospital ini giat dibangunkan di Kompleks Sukan Tawau dan digunakan untuk merawat pesakit bukan Covid-19 khususnya untuk perkhidmatan perubatan, pembedahan dan Perbidanan dan Sakit Puan, O&G.

Di Kedah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan hospital ‘makeshift’ di dalam Penjara Pokok Sena, bagi merawat pesakit COVID-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hospital itu akan turut merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Fasiliti terbabit boleh menempatkan 250 orang jika perlu, termasuk pesakit dari penjara di sekitar Kedah.

“Pusat ini dijangka beroperasi mulai Selasa ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button