Semasa

Tujuh negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat selama seminggu

PETALING JAYA : Cuaca signifikan dijangka berlaku bagi tempoh seminggu bermula 29 Januari sehingga 4 Februari bagi seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, sistem cuaca tekanan rendah di Barat Pulau Palawan, Filipina dijangka lemah dan menjauhi kawasan rantau negara dalam tempoh 24 jam.

“Bagaimanapun, ribut petir serta hujan lebat dijangka melanda di sebelah Pantai Barat Semenanjung khususnya Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga awal malam ini.

“Manakala cuaca buruk diramalkan berlaku di sebelah barat Sabah, utara dan tengah Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, cuaca panas dan kering dijangka berterusan di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung.

Orang awam dinasihatkan agar berwaspada dan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button