Semasa

Amaran hujan lebat di Lembah Klang, Utara, Pantai Timur

Ahad & Isnin - MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka di beberapa negeri di Lembah Klang, Utara dan Pantai Timur pada Ahad dan Isnin ini.

Ketua Pengarahnya, Jailan Simon, berkata negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh serta Kuala Krai.

Katanya, turut tersenarai Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, selain Selangor, Wilayah Persekutuan serta Putrajaya.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button