Semasa

MAPIM terus diberi amanah untuk pembangunan semula Palestin

Masjid Nurul Jannah, Surau Al Faizin, KRT Taman Datuk Bandar

BANGI : [KEMAS KINI]  Tabung Kilat Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM – terus menerima kepercayaan daripada penyumbang.

Keprihatinan terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza menjentik hati jemaah Masjid Nurul Jannah Meru dan KRT Taman Datuk Bandar serta Surau Al  Faizin, Meru di Klang, mengumpulkan sejumlah amaun bagi keperluan saudara-saudara Islam yang menderita akibat serangan tentera Zionis.

KRT Taman Datuk Bandar serta Surau Al  Faizin, Meru menyerahkan sejumlah RM 17,525 untuk tabung berkenaan.

Manakala Masjid Nurul Jannah Meru pula berjaya mengumpulkan RM7,000 untuk tabung Kilat Gaza, MAPIM.

Satu majlis penyerahan ringkas diadakan di Masjid Nurul Jannah, Meru, Klang Khamis lalu (27 Mei) sebagai menandakan komitmen para penyumbang bagi serahan berkenaan.

Pihak MAPIM diwakili oleh Pengarah Sektor Afrika MAPIM, Ustaz Nik Aziz Nik Muhammad untuk menerima sumbangan berkenaan manakala pihak Masjid, Surau dan Krt diwakili oleh Tuan Haji Thaifor Haji Nor selaku Penasihat Surau Al Faizin.

Turut hadir Pengerusi Krt Taman Dato Bandar, Hasnizam Adham, Pengerusi Surau Al Faizin – Zainal Marthan, Setiausaha Masjid Nurul Jannah – Hairol Zaman Ishat.

Ustaz Nik mengucapkan rasa syukur tidak terhingga dengan sumbangan berkenaan dan kepercayaan pihak pengurusan masjid kepada MAPIM.

Semoga amanah ini yang diberikan kepada MAPIM akan dapat diurus dan disampaikan sebaiknya. InsyaAllah.

*******

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button