PalestinSemasa

Tentera Israel tahan 6 warga Palestin, termasuk pesakit yang menghidap kanser & berkerusi roda

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

NABLUS: Seorang lelaki berkerusi roda dan seorang pesakit kanser adalah antara enam rakyat Palestin yang ditahan oleh tentera pendudukan Israel semasa serbuan di Tebing Barat yang diduduki pada hari Sabtu.

Menurut saksi, tentera Israel menahan Ayman Abu Shehadeh yang lumpuh dan memerlukan kerusi roda untuk bergerak, selepas menyerbu rumah keluarganya di kampung Burin, dekat Nablus.

Rejim Zionis turut menahan Asef Rifau, 20, ketika serbuan di rumah keluarganya, di bandar Kufr Ein, dekat Ramallah.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Rifai disahkan menghidap kanser usus dan kelenjar limfa.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button