DuniaSemasa

Wanita Kuwait dibenarkan sertai angkatan tentera

KUWAIT : Buat pertama kali dalam sejarah, Kuwait membenarkan golongan wanita di negara itu untuk menyertai angkatan tentera.

Menteri Pertahanan Kuwait, Sheikh Hamad Jaber Al-Ali Al-Sabah berkata keputusan tersebut membuka pintu bagi wanita Kuwait untuk berkhidmat dalam pelbagai jawatan, termasuk sebagai pegawai atasan.

Walau bagaimanapun, keputusan pada masa ini terhad kepada bidang perkhidmatan perubatan dan ketenteraan.

“Sudah tiba masanya wanita Kuwait diberi peluang untuk memasuki tentera Kuwait berdampingan dengan saudara mereka,” katanya

Beliau turut menyatakan keyakinan pada “kemampuan wanita untuk menanggung kesusahan” wanita.

Dalam pada itu, wanita Kuwait memperoleh hak untuk mengundi pada tahun 2005 dan telah aktif di Kabinet dan parlimen – walaupun mereka tidak mendapat kerusi di parlimen sekarang.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button