DuniaPalestin

Hamas, Israel sepakat akhiri ketegangan

Bahan api, stesen kuasa beroperasi kembali

Pemimpin Hamas semalam memaklumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan Israel untuk mengakhiri serangan terbaru rentas sempadan yang berlarutan lebih tiga minggu.

Dalam ketegangan terbaru, Israel mengebom Gaza hampir setiap hari sejak 6 Ogos lalu sebagai serangan balas.

“Selepas berbincang dengan perwakilan Qatar, Mohammed el-Emadi, persefahaman telah dicapai bagi mengekang peningkatan ketegangan terbaru dan mengakhiri serangan (Israel) terhadap rakyat kita,” menurut pejabat pemimpin kumpulan Palestin di Gaza, Yahya Sinwar.

 

Dalam satu kenyataan, Mohammed memuji kepimpinan Hamas atas pencapaian kesepakatan itu memandangkan keadaan sukar yang dihadapi penduduk Gaza, terutama akibat penularan COVID-19.

Sumber Hamas memberitahu AFP, serangan terhadap Israel ‘dihentikan sepenuhnya’, manakala bahan api akan kembali dibekalkan dan stesen kuasa beroperasi semula mulai hari ini.

Sekatan Israel terhadap penghantaran bahan api menyebabkan bekalan elektrik dipotong kepada hanya empat jam sehari yang dibekalkan dari grid Israel. – AFP

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button