KesihatanSemasa

Tandas awam MPT, tandas terbersih

Hari Tandas Sedunia 2020

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memenangi Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan bagi kategori pihak berkuasa tempatan.

Tandas awam itu terletak Terminal Bas MPT.

Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga Majlis Perbandaran Temerloh melalui hantaran di laman social Facebook majlis berkenaan.

Tandas awam itu telah dinobatkan tempat pertama tandas bersih peringkat kebangsaan di dalam kategori PBT (Bandaraya/Perbandaran) sempena Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2020 yang telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Ismail Bin Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Jumaat (20/11)

Tempat kedua pula dimenangi oleh Tandas Awam 1, Presint 10, Putrajaya manakala tempat ketiga pula ialah Tandas Awam Taman Orkid, Seremban, Negeri Sembilan.

Kebersihan tandas awam di Temerloh sebelum ini pernah tular apabila ada pengguna memuat naik video di media sosial pada tahun lalu. – FB Majlis Perbandaran Temerloh

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button