DuniaSemasa

Belgium adakan himpunan aman memperingati Hari Tahanan Palestin

BRUSSELS: Masyarakat Palestin di Belgium termasuk ahli Parlimen dan pemimpin parti mengadakan perhimpunan aman bersempena memperingati Hari Tahanan Palestin.


Menurut laman Ismaweb, program perhimpunan yang diadakan di stesen kereta api di bandar Brussels itu diadakan secara aman.

Himpunan itu dicetuskan hasil daripada idea masyarakat Palestin di Belgium, ia juga mendapat kerjasama daripada Gabungan penduduk Eropah yang menyokong Tahanan Palestin dan Pertubuhan Palestin-Belgian.

Ketika perhimpunan, peserta menaikkan bendera Palestin dan gambar-gambar tahanan di penjara israel selain mengangkat sepanduk yang menyatakan solidariti perjuangan rakyat Palestin untuk kebebasan.

Perhimpunan yang disertai ratusan penduduk Palestin itu dimulai dengan ucapan wakil dari Yayasan Antal Belgium yang juga merupakan Ahli Parlimen , Marc Botenga, Hamdan Al- Dumairi.

Dalam pada itu, mereka turut menggesa pihak berkuasa Eropah dan Belgium mengambil tindakan serius dengan mengenakan sekatan ke atas rejim pengganas israel.

Bagi mereka, israel telah melanggar semua perundangan dan norma antarabangsa setiap hari sehingga membawa kematian individu yang tidak bersalah.

BACA JUGA
Pemuda korban terbaharu kekejaman zionis di bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button