BanjirDomestikSemasa

Mangsa banjir di PPS Kampung Baru terima sumbangan peribadi dari Agong

KUALA LUMPUR: Mangsa-mangsa banjir mendapat sumbangan peribadi selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli melawat mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Istana Negara memaklumkan, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Juruiring Tentera Darat Baginda, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur teruk dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan penduduk yang terjejas terpaksa dipindahkan ke PPS.– BERNAMA

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button