Semasa

Covid-19 : kes baharu kembali 3 angka, Sabah turun 40%

Jumlah sembuh 17,134 bersamaan 64.50%

KUALA LUMPUR :  Kes baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh lebih 24 jam lalu kembali kepada tiga angka iaitu 823 kes, selain merekodkan lapan kematian baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 26,565 kes dengan kes aktif sebanyak 9,202.

Beliau berkata kesemua jangkitan baharu itu adalah kes penularan dalam negara dengan 533 kes dilaporkan di Sabah.

579 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan kes sembuh terus meningkat kepada 17,134 bersamaan 64.50%
Kes sembuh mengikut negeri, menunjukkan Sabah paling tinggi  – (288 kes) – Selangor (93 kes) – Pulau Pinang (89 kes) – Kedah (81 kes) – Perak (15 kes) – WP Labuan (5 kes) – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4 kes) – Negeri Sembilan (2 kes)  – Melaka (1 kes) dan Sarawak (1 kes).

“Jumlah ini (kes di Sabah hari ini) menunjukkan penurunan kes sebanyak 356 kes (40 peratus) berbanding jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Sabah semalam… ini berikutan jumlah kes baharu yang dicatatkan daripada Penjara Kepayan, Kota Kinabalu telah menurun daripada 434 kes baharu semalam kepada 67 kes baharu pada hari ini (25/10)”
“Bagaimanapun, jumlah ini masih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Usaha gigih mengesan lebih banyak kes akan diteruskan di seluruh Sabah yang kini mempunyai 17 daerah merah,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 pada Ahad (25/10)

Beliau berkata daripada 533 kes itu, 160 merupakan daripada kluster-kluster termasuk 27 daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul; 270 kes daripada saringan kontak rapat dan 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Katanya Pulau Pinang mencatatkan 97 kes dengan 96 daripada kluster-kluster termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan, selain satu kes saringan kontak rapat.

“Di Selangor pula 88 kes iaitu 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentari; 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

“Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 26 kes iaitu 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada, tiga kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 dan satu kes daripada lain-lain saringan COVID-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 22 kes pula dicatatkan di Negeri Sembilan iaitu 13 kes daripada kluster-kluster termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jernih, satu kes daripada saringan kontak rapat dan lapan kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Setakat 25 Oktober kes kematian Covid-19 Malaysia ialah 0.86% atau 229 kes daripada keseluruhan kes 26,565.

Pada data sehingga Ahad, 8 kematian dicatat di Sabah, KKM mengucapkan takziah buat keluarga mangsa.

— BERNAMA

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button