DomestikSemasa

Pelajar UIAM merasai sendiri gerak kerja sukarelawanan MAPIM di Ummah Central Warehouse

SEPANG : Tenaga anak muda amat diperlukan dalam menyumbangkan keringat untuk kerja-kerja kemanusiaan.

Pendedahan dengan gerak kerja kesukarelawanan ketika muda ini  diharapkan akan memberikan mereka keyakinan bagi mengambil alih serta meneruskan legasi usaha kemanusiaan pada masa hadapan.

Hari ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama-sama dengan sukarelawan dari Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti hadir ke Ummah Central Warehouse bagi membantu proses penyediaan kotak bantuan makanan.

Menurut Pengarah Pejabat Jaringan Industri UIAM, Prof Madya Dr. Khairul Azami Sidek, objektif utama pihak universiti membawa para pelajarnya adalah bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang gerak kerja kesukarelawanan.

Pengarah Pejabat Jaringan Industri UIAM, Prof Madya Dr. Khairul Azami Sidek

“Alhamdulillah hari ini kita telah hadir ke sini untuk membantu pihak MAPIM mengemaskan barang-barang bantuan kepada mangsa banjir. Tujuan utamanya adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ini untuk mereka memahami bagaimana sukarelawan mampu menjana peribadi mereka, akhlak mereka dengan melaksanakan tugas mulia ini.”

“Kami berharap sebaik sahaja mereka keluar daripada universiti, mereka akan lebih cakna kepada masyarakat dalam mengembeling tenaga melakukan kerja-kerja kemanusiaan dan lebih peka terhadap masyarakat,” tambanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berharap agar bantuan para pelajar ini akan membuka ruang kerjasama yang berterusan untuk  masa akan datang.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button