BanjirSemasa

MAPIM Malaysia salur bantuan mangsa banjir Klang

KLANG : Sejumlah 200 kotak bantuan dan 100 botol air minuman berkapasiti lima liter disumbangkan MAPIM Malaysia tiba di Kompleks Pejabat Daerah, Tanah Klang kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Keperluan asas ini akan diberikan terus kepada mangsa banjir yang berada di sekitar kawasan Klang. 

Selepas ini, pihak MAPIM Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Klang akan meneruskan Misi SOS Banjir dengan menyampaikan kotak bantuan ke PPS yang disenarai.

Berdasarkan tinjauan Ummah Today, terdapat beberapa kawasan di daerah Klang ditenggalami air antaranya Bandar Klang, Bukit Tinggi dan Lebuh raya Kesas.

Ini termasuk, kawasan perindustrian HICOM, Batu Tiga Shah Alam dan Bukit Raja.

Sementara itu, sayap utama MAPIM Malaysia iaitu MAPIM Rangers turut bersama bagi menggerakkan Misi SOS Banjir kepada mangsa yang terjejas.

Dengan kapasiti lima trak pikap MAPIM Rangers dan satu van MAPIM Malaysia bergerak bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Berita selanjutnya menyusul

Related Articles

Back to top button