Semasa

COVID-19 : 12,735 kes baharu dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA : Sebanyak 12,735 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan mencecah 2,245,695 kes.

Menurutnya, lima negeri merekodkan pertambahan kes empat angka dengan Sarawak kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,467 kes.

Selain itu, Selangor merekodkan 1,940 kes baharu, diikuti Johor (1,241), Kelantan (1,232), Kedah (1,033), Sabah (993), Perak (913), Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697), Kuala Lumpur (258), Melaka (194), Negeri Sembilan (132), Perlis (97), Putrajaya (28) dan Labuan merekodkan satu kes sahaja.

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button